Friday, December 9, 2011

Cuti

Mood kerja = 0
Mood cuti = 100

Excited nak gi muzium menan. yeay awesome dapat kesayangan yang faham ngan hobi  gua. Lap u bebeh!
p/s : Dapat bayangkan rumah gua dah macam muzium menan, cikgu Juliet_iRa~"??? hohoho

Thursday, December 8, 2011

Office

Meja pejabat. The next few days, am going to be a year 'older' but my editors (and my dad) think I'm still 10 y.o. boy trap inside 2X's y.o. body. Wonder why. haha
All Disney's related characters for my office desk
and Pokemon too. A HUGE fan since my dad bought my 1st game boy and pokemon game
These days love to shop for babies products, is it a sign for me to be a dad or something? haha
p.s : Can anyone guess how old  I am this month? (Except for some people who already knew of course haha)

Wednesday, December 7, 2011

Masak + Makan

Benda yang dibuat kat rumah ketika orang rumah takde. Projek menambah lemak diperut. 
Yes, I can cook. ;-)p
Pasta Percik (versi melayu)
Pasta Carbonara (versi omputeh)
Taun depan gua kena join alek gym demi mendapatkan susuk badan  spt gay2 yg kacak hahahaha


Tuesday, December 6, 2011

The Reason Why I'm Fat and Happy

Me : Shikin, buy me some ice cream for me cause am going to be a year older soon.

Her : Beli sendiri!

T_T

All I want for this month is ice cream and more ice cream.
Just going to wait for 31 Dec to borong some Baskin & Robbins.

Monday, December 5, 2011

Little Syrena Episode 3 : Kembara HEROICzero


Ini adalah buku cerita kanak-kanak yang dibacakan oleh Ashraf kepada Syrena dalam short Amer+Ashraf#5, dalam bahagian PAST.

1.
Pada suatu masa dahulu di dua kerajaan berjiran bernama Tanah Gembira dan Tanah Bergaya, hidup seorang puteri comel bernama Puteri Syrena. Puteri Syrena ditakdirkan untuk memerintah dua kerajaan apabila dia dewasa. Pemerintah Tanah Gembira iaitu Sultan Amer dan pemerintah Tanah Bergaya, Ashraf menjaga Puteri Syrena bagaikan menatang minyak yang penuh. Sambutan ulang tahun kelahiran Puteri Syrena ke enam disambut dengan penuh meriah. Puteri Syrena mendapat banyak hadiah, namun hadiah yang 
paling disayangi adalah 1. serbuk magis dari Pari-Pari Shikin 2. patung beruang memakai cermin mata bernama Adil dari Sultan Amer dan 3. Patung China bernama Lady Myn dari Raja Ashraf.

2.
"Patung beruang bernama Adil? Langsung tidak bergaya! Mulai hari ini, nama patung beruang comel ini... HEROICzero!" kata Syrena girang.
Namun kegembiraan Syrena berhenti apabila muncul dua monyet jahat, menculiknya. Syrena dibawa lari.

3. 
Patung beruang HEROICzero, Patung China Lady Myn dan serbuk magis terjatuh dari tangan Syrena. Serbuk magis itu terkena HEROICzero dan Lady Myn menyebabkan keduanya hidup! Malahan badan HEROICzero dan Lady Myn turut membesar menjadi dewasa.

4. 
"Kita kena selamatkan Puteri Syrena!" HEROICzero bersungguh-sungguh.
"Tapi... Saya... Tak pandai berlawan," Lady Myn mula menangis.
"Tak mengapa. Abang ada!" HEROICzero bangga.

5. 
HEROICzero dan Lady Myn memulakan kembara mereka menyelamatkan Puteri Syrena. HEROICzero menggunakan kuasa hidungnya untuk mengesan tempat Puteri Syrena dibawa lari. Lady Myn pula asyik menangis kerana dia tidak tahan dengan kembara ini. 

6.
"Kenapa awak asyik menangis?" HEROICzero bertanya.
"Kerana badan saya porselin. Lemah."
"Walaupun badan kita lemah, kita tak boleh mengalah. Saya percayakan awak!" HEROICzero memberikan semangat.

7.
Sementara itu, di rumah monyet, Puteri Syrena asyik mengarah dua ekor monyet yang menculiknya. Puteri Syrena langsung tidak takut dengan penculiknya itu. Dua ekor monyet terpaksa menurut setiap permintaan Puteri Syrena kerana mereka sudah tidak tahan dengan jeritan Puteri Syrena.

8.
"Syrena nak itu, Syrena nak ini! Aku tak tahan!" Monyet 1 mula menjerit.
"Ikut saja permintaannya. Habuannya nanti tinggi!" Monyet 2 berkata.
"Tapi anak kecil ini mengada-ngada! Mentang-mentanglah dia ada dua ayah!"
"Sabar. Sekejap lagi, saudara kita pulang bawa serbuk tidur!"

9.
Lady Myn tidak lagi menangis. Kata-kata semangat HEROICzero membuatkan dia berani. Walau badannya bercalar-balar, Lady Myn menempuh kawasan hutan demi mencari Puteri Syrena. Kembara mereka akhirnya tiba di sebuah rumah berbentuk monyet.

10.
"Penculik Puteri Syrena adalah monyet!" kata HEROICzero.
Ketika HEROICzero sedang asyik memikirkan cara untuk masuk ke rumah monyet, dia langsung tidak menyedari Monyet 3 muncul dan menculik Lady Myn. Monyet 3 menutup mulut Lady Myn untuk menghalang Lady Myn menjerit.

11.
"Nampaknya tak ada cara lain selain saya serbu masuk!" HEROICzero bersemangat.
HEROICzero menoleh ke belakang dan Lady Myn tiada.
"Mana Lady Myn?"
Muncul anak panah bersurat, terkena di sebatang pokok bersebelahan HEROICzero. HEROICzero membuka surat ini : Puteri Syrena dan Patung China ada dalam gengaman kami! - Monyet

12.
"Serahkan mereka!" HEROICzero menendang pintu rumah monyet.
Puteri Syrena dan Lady Myn diikat. Monyet 1, Monyet 2 dan Monyet 3 ketawa jahat.
"Baiklah, tapi kau hanya boleh pilih satu saja!" ujar Monyet 1.

13.
"Saya.... Pilih... Puteri Syrena!" HEROICzero menjerit, yakin.
Lady Myn tersenyum kerana dia mahu HEROICzero menyelamatkan tuan mereka.
"...dan Lady Myn!" HEROICzero terus membuka langkahnya.

14.
"Tendangan kaki beruang!" - Monyet 1 tumpah dengan sepakan kaki HEROICzero.
"Tumbukan tangan HEROICzero!" - Monyet 2 rebah dengan tumbukan bertubi-tubi.
"Hikmat perut comel beruang!" - Monyet 3 terpelanting apabila HEROICzero menggunakan perutnya melantun Monyet 3.

15.
Ketiga-tiga monyet jahat itu melarikan diri. HEROICzero melepaskan ikatan Puteri Syrena dan Lady Myn.
"Yeay, HEROICzero selamatkan Syrena!" Puteri Syrena memeluk HEROICzero riang.
"Syrena nak HEROICzero dukung sampai ke istana," Puteri Syrena menghulurkan tangannya untuk didukung oleh HEROICzero.

16.
Mereka akhirnya tiba muka pintu istana Tanah Gembira. Ketika mereka mahu masuk ke istana, muncul Pari-Pari Shikin.
"Tolong, suami saya dalam bahaya! Dia ditangkap oleh lanun," Pari-Pari Shikin menangis.
"HEROICzero tolong selamatkan Unkle Rul," Puteri Syrena merayu.

17.
"Baiklah, puteriku. Dimana lanun itu membawanya?" HEROICzero bertanya Pari-Pari Shikin.
"Ke Pulau Naga!" 
HEROICzero memandang Lady Myn, berat untuk meninggalkannya.
"Pergilah. Saya akan menunggu awak pulang!" Lady Myn memberikan janjinya.
"Syrena akan tunggu HEROICzero."

18. 
HEROICzero meninggalkan mereka semua dan bersedia untuk memulakan kembara keduanya iaitu ke PULAU NAGA! 

p/s : Cameo from HEROICzero + Lady Myn (mynshazmin) 

Friday, December 2, 2011

SpiderMan (Black Suit Version)

Menan yang ini masih belum keluar untuk dipre-order, menan lain pulak yang keluar. Kali ini, SpiderMan (Black Suit Version) with Peter Parker's Head sculpt! Feel like a kid again (with my own bank account of course. hahaha) Tahun depan janji kat diri sendiri tak nak beli kasut lagi (obsesi saya selain dari ais krim + menan). Sebab tahun depan akan keluar menan2 dari siri filem The Avengers  (8 menan) + The Dark Knight Rises (4 menan).


p/s : Next episod, Syrena akan jumpa dengan beruang comel dan porcelain doll. Agak2nya sapa le dua makhluk ni??? Can anyone guess? Until next time, xoxo. 

Thursday, December 1, 2011

Gay Itu Gembira

Tetibe gua rasa rindu lak masa zaman blaja dulu, zaman rambut gua setiap sem tukar2. Zaman jadi pengarah filem pendek dengan tenaga produksi yang sangat awesome! Teringin nak buat filem pendek balik, tapi sudah nak cari team yang sempoi sebab team lama sudah sibuk dengan kerja masing-masing (gomen, kawen, beranak etc) Baideway, abang Adika (aka abang camera), LU sangat AWESOME! Gua SAYANG giler sama LU!
Gua ngah bagi arahan kat pelakon gua (aka cameraman gua gak yg berlakon) sebelum shooting bermula
Gua ngah ejas2 kamera sebelum bagi alek kat cameraman gua sebab gua pengarah bukan cameraman
Shooting adegan pertama
Comelkan perot gua? Muahahha
Ending
Tadaaa, cite gay yg penuh kontroversi sampai takleh ditayangkan kat youtube  kah3, untuk tayangan  tertentu je
p/s : Agak-agak ar kalau nak buat short filem Amer+Ashraf sapa yang leh jadi diorang?
p/s/s : Baideway, untuk hadiah novel contest Syrena dimenangi oleh akak So Shy Lady sebab beliau sangat cool cam Puan Sya.

Followers