
Manisnya senyuman bakal mak janda ni...
Antara berita-berita yang bercampur sedih, hampagas, gembira dan sewaktu dengannya pada minggu ini:1. Sedih : PeTA isnin ni, 20/12. Sedih sebab dah nak habis dan lepas ni mungkin susah nak jumpa kekawan ASWARA lagi
2. Gumbire + Sedih : ScarJo dah jadi single. Gumbire sebab dia single, sedih sebab masih takde change nak ngorat beliau...Mak saya nak kawen dengan ScarJo.
3. Teruja : Dapat siapkan treatment penuh companion piece PeTA iaitu "Sayap Mekanikal". Harap sebelum februari dapat siapkan novel penuh dan cari publisher.
4. Teruja : Sebab artikel keluar dalam Dewan Siswa bulan Disember. Harap tahun depan akan keluar artikel lagi.
5. Gumbire : Sebab mak belanja baju kemeja yang cute. hoho
6. Kecewa : Sebab gambar pameran PeTA pilih gambar2 yang paling gemuk. Siot tol diorang nih,
7. Kecewa + Teruja : Kecewa sebab 2010 dah nak habis tapi target masih belum tercapai, tapi teruja untuk memulakan tahun 2011 dengan harapan dapat kerja tetap. Amin
8. Kecewa : Sebab tak dapat habiskan masa ujung minggu dengan keluarga sebab sibuk dengan pameran dan kerja-kerja persediaan PeTA
9. Gumbire : Sebab bilik dah kemas selepas beberapa hari semak sebab sangat-sangat sibuk
10. Gumbire + Sedih : Dapat sambut harijadi dengan perkara-perkara yang best, tapi sedih sebab sambutan ni adalah kali terakhir sebagai pelajar penulisan ASWARA. sob sob sob. T_T












