Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Hari 23

Menonton filem lakonan calon Oscar, Naomi Watts iaitu The Impossible.
Sebuah filem yang memberikan kesan*

*Nangis beberapa kali masa nonton

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 29, 2011

F-U-N

Ice cream + ScarJo + JDM's movies @ home are my definition of FUN these days. Haha. 



Somehow I think Lil Syrena has more fun than me. lol

Tuesday, June 14, 2011

Super 8 - Review

Cinta yang lebih jujur berbanding kisah cinta lain

Super 8 kerjasama antara J. J. Abrams (pengarah) dan Steven Spielberg (produser) mengisahkan Joe Lambs (lakonan Joel Courtney) yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan kilang. Joe bersama ayahnya Jakson Lamb (Kyle Chandler) cuba untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun masih dalam kesedihan. Joe yang berbakat dalam menghasilkan solekan dan membina model berkerjasama dengan kawan-kawan baiknya iaitu Charles Kaznyk, Carey, Martin dan Alice (Elle Fanning) yang merupakan anak kepada musuh keluarga Lamb iaitu Louis Darinard. Mereka bersama menghasilkan sebuah filem zombie dengan menggunakan teknik Super 8. Ketika proses pengembaraan berlaku, mereka terlibat dengan kemalangan keretapi milik tentera udara. Sejak kemalangan itu berlaku, banyak kejadian aneh berlaku di pekan Lilian.

Secara keseluruhan filem ini sangat menarik dri segi jalan cerita, lakonan, pengarahan, penggunaan teknik lampu dengan menyelitkan semiotik tentang perhubungan dan kesedihan. J. J. Abrams berjaya mengembalikan kegemilangan filem bercorak mostersnya melalui filem ini. Interteks filem-filem seperti Romeo and Juliet, ET, Cloverfield dan beberapa buah filem lain dapat dilihat. Mood sedih dan gelap disebalik warna-warna suburban dihidupkan melalui lakonan jujur pelakon kanak-kanak terutamanya Elle Fanning dan Joel Courtney. Namun begitu filem ini bukan filem untuk kanak-kanak.

Walaupun agak terganggu dengan masalah lampu ketika menonton di GSC, Mid Valley, kehebatan filem ini mampu melupakan segala masalah tersebut.

Monday, June 6, 2011

Kungfu Panda 2


Sayalah panda yang gemuk tapi chomel tu...

Tengok Kungfu Panda 2 dengan anak member (Member hi skol dan suka kumpul menan gak). Dia mintak tolong jaga anak dia kejap sebab dia nak setelkan masalah yang tak boleh disebutkan kat sini (sensitip).

Sangat enjoy tengok kungfu panda 2 walaupun anak member asyek tanya banyak soklan masa nonton. Kalau dulu rasa cam hampagas layan soklan2 masa tgk muvi, skrang rasa cam best mungkin sebab budak yang tanya.

Teman dak tu sampai petang. Best dapat teman die. Maybe naluri nak jadi bapak dah tebal kot. hohohooho.

Yang paling BEST, masa ayah die ambik, dak tu siap cakap...

"Unkle ngan daddy sama je. Cam budak-budak kalau tengok menan."

p/s : Dah banyak kali jadi ayah angkat anak2 member, bile lah agaknya dapat jadi ayah yang betol2 lak???

Wednesday, October 27, 2010

Hanjeng Ko


Dah lama tak nonton filem yang dilabelkan sebagai 'international screen' oleh GSC, last sekali nonton filem La Vie en Rose lakonan Marion Cotillard (One's of my fave movie that year). Entah kenapa kawan saya yang tak brapa suka filem mengajak saya nonton filem Hachiko. Selain dari Richard Gere, saya sangka filem ini akan membosankan. Tapi sebaliknya, Hachiko adalah sebuah filem yang penuh emosi sampai saya menangis walaupun pelakon utamanya adalah seekor anjing baka Atika bernama Hachi (8 dalam bahasa Jepun).

A nice movie to watch walaupun tragedi air teh lemon ais terjatuh dan kebisingan mak cik2 yang terlampau teruja tengok kecomelan Hachi. 4/5 bintang.

p/s : Loyalty's humans' and other beings' best gift to each other. ;-)p

Followers