
Artikel terakhir saya untuk 2010, Positif Terhadap Hiburan, Dewan Siswa Disember 2010
Saya langsung tak ada azam baru. Untuk tahun 2011 lebih kurang sama dengan tahun lepas iaitu lebih banyak hasilkan karya, kurangkan obsesi membeli permainan, cuba untuk hasilkan penulisan untuk golongan lain selain kanak-kanak dan berkenalan dengan ramai orang baru.
Setiap tahun hampir sama, cuma tahun 2011 saya kena tambah satu lain iaitu cari kerja dalam bidang penulisan, mungkin jadi editor atau penterjemah atau novelis sepenuh masa.
Sementara menanti tahun baru yang tidak kurang dari 48 jam, saya habiskan tahun 2010 dengan bermain Nintendo DS (Terutamanya Pokemon) dan makan biskut coklat yang ayah saya kirim dari kampung.Setiap tahun hampir sama, cuma tahun 2011 saya kena tambah satu lain iaitu cari kerja dalam bidang penulisan, mungkin jadi editor atau penterjemah atau novelis sepenuh masa.

Kek coklat paling sedap di dunia, oleh Kak Rozie a.k.a CEO. Antara kenangan terbaik 2010.
