Tolong promote novel kawan baik/mentor/pembuat kek coklat yang best saya iaitu Kak Rozie Adama aka CEO. Dia adalah antara penulis yang saya hormati dan saya amat-amat berbangga dengan kemunculan novel ini. Dia adalah antara watak yang saya inspirasikan dalam siri Urban Legend saya. (Sila baca kalau ada masa)
Kalau ada terjumpa novel ni kat mana-mana, jangan lupa beli ya. Kalau nak diskaun ke apa, boleh runding dengan CEO sendiri. Add dia melalui facebook.
Ini sedikit maklumat mengenai novel comel ini:
Konsep novel : Novel ala-ala pengembaraan, ada banyak ilustrasi dan info mengenai negeri Sabah cth kuih cinicn, peta negeri sabah, kundasang, papar dll.
Sasaran: Remaja
Sinopsis Novelog :
Kisah Adriana dan Syafik anak angkat kepada Puan Maria dan En.Atikullah. Sejak kecil mereka diberitahu bahawa mereka anak angkat tetapi apabila di usia 17 tahun Adriana mula mempersoalkan wajahnya yang cantik adakah seperti wajah ibu atau ayahnya yang sebenar. Hatinya mula merota-ronta mencari ibu bapa kandung. Syafik memberi tentangan kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang dan kesenangan yang dikecapi bersama keluarga angkat. Terjadi konflik antara mereka, namun persefahaman menyatukan semula. Mereka nekad membongkar kisah kehidupan mereka yang sebenar dari Mak Cik Asmah pembantu rumah. Sepucuk surat lama mengungkap segala rahsia, ibu sebenar mereka berada di Sabah dan bernama Lilian. Kebetulan yang tak diduga En. Atikullah menghadiahi tiket percutian ke Sabah. Pintu pencarian membuka teka teki dan kesangsian Adriana dan Syafik tetapi ada jawapan menanti. Berjayakah mereka mencari Lilian? Kenapa Lilian menyerahkan mereka kepada keluarga angkat? Sesungguhnya kasih sayang, sefahaman, rasa bersyukkur, keberanian dan ketabahan amat penting dalam hidup.