Sunday, December 26, 2010

Tak Gila


Kak Limah tak gila taw...

"Penat gila ar," kata lelaki suka kumpul mainan.
"Penat tak gila," kata Nadia yang duduk di sebelah.
"Klaka gila," minah yang suka cakap banyak berkata sambil gelak.
"Klaka tak gila," Nadia terus jawab.

Sudah menjadi kebiasaan Nadia untuk berkata,...tak gila, setiap kali perkataan 'gila' itu digunakan oleh kawan-kawannya. Mereka sudah biasa dan langsung tidak terasa hati. Sebab mereka tahu Nadia hanya bergurau. Cuma mereka tertanya-tanya, dari mana asalnya gurauan itu bermula? Perkataan "tak gila" menjadi identiti Nadia. Bukan budak penulisan saja yang mengetahuinya, malahan ketika kelas Mak Yong, budak-budak dari fakulti teater, tari, film dan muzik turut mengetahuinya.

"Aku tak gila"
"Aku tak gila"
"Aku tak gila"

Nadia berkata berulang-kali.

"Ya, saya tahu awak tak gila," kata Doktor.

Nadia sedang dirawat oleh Doktor di Hospital. Dia mengalami ilusi dimana dia sedang belajar di sebuah kolej seni, budaya dan warisan.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

Saturday, December 25, 2010

Part 2

saya sayanggg anak-anak saya. Tetibe.

Sambungan dari bahagian pertama, perkataan-perkataan yang tak akan saya lupakan sepanjang jadi pelajar ASWARA.

1. Hey! - disebut dengan nada kuat untuk menghentikan percakapan kawan yang terlalu banyak bercakap.

2. Monad - Roh yang keluar dari badan ketika kita sedang bermimpi. Belajar masa kelas Dr. Anis dan merupakan antara perkataan fave Nada Haifaa

3. Amerju - Nama kumpulan masa kelas undang-undang. Pemilik nama ini sangat pemalu ketika namanya dipilih dan menjadi ketua kami sehingga jawatannya diambil oleh Nada Haifaa selepas beliau sangat-sangat pemalu dan terlalu baik untuk marah kami. hohohooho

4. CEO / Raudah Roziah - Nama gelaran untuk Kak Rozie, sebab dia adalah ketua kami dan banyak tolong kami. Tetima kasih ya, Raudah Roziah

5. EraCemerlang - Nama syarikat publishing imaginasi kami. Harap suatu hari nanti kita buka ya, ceo. Wardah, sanggup lagi jaga stor? Nada mahu lagi buat akaun, Kiah boleh lagi jaga promosi??? Saya sudah lupa apa tugas Bolok, Rubi dan saya sendiri.

6. Rubi-Ah - Nama pena Rubi yang baru. Disebut dengan penuh ghairah. Ahh...lol. Jangan marah ya cik Rubi.

7. Keji - Perkataan yang digunakan ketika dalam mood lawak dan gembira.

8. Beautiful Sister - Tajuk kelakar untuk novel imaginasi terbitan syarikat imaginasi kami.

9. Tibabar - Tajuk novel Kak Rozie. Agak obses menyebutnya sebagai pembakar semangat. Disebut dengan aksi dan nada yang penuh teaterikal.

10. PeTA - Perkataan pendek untuk Penilaian Tahun Akhir. Satu proses umpama kata Kak Rozie, "Dipenuhi dengan air mata, pergorbanan dan wang ringgit". Proses yang agak mencabar, tetapi dipenuhi dengan kenangan.

ah, rindunya. Agak-agaknya dapat ke saya gunakan semua perkataan ini masa di luar ASWARA???

Friday, December 24, 2010

Perkataan-Perkataan Yang Tak Akan Saya Lupakan

Kenangan ketika masuk Akademi Sastera, bukan Fantasi ye. lol

Berikut adalah beberapa perkataan yang saya akan ingati sepanjang saya menjadi pelajar ASWARA dan berkenalan dengan geng-geng biol...lol

1. Gila (Jika anda tersebut perkataan gila, spt cth, gila babi, penat gila dan sebagainya, anda harus menjawabnya dengan cth ayat, "babi tak 'gila', penat tak 'gila' dan sebagainya". Perkataan gila tu haruslah diakhiri dengan "___tak gila".

2. Gaban. Sebab saya tak menggunakan perkataan 'gila' lagi, saya menukarnya dengan perkataan 'gaban'. Cth, penat gaban, gaban babi dan sebagainya. Ni Nada Haifaa punya pasal.

3. Sumbat. Perkataan asal dari Kelantan.

4. Tak. Perkataan ini biasanya disertakan dengan aksi teater yang sangat-sangat dramatik.

5. Kek. Sila sebut dengan nada baku ya. hahaha

6. Koya Comel. Perasaan cantik dalam loghat Kelantan.

7. Abang. Terbahagi kepada tiga kategori iaitu, 1. mengelikan 2. muzik 3. orang yang "gila" dan "kedekut"

8. B. Merujuk kepada 'abang', 'hubby' dan apa sahaja objek yang mengelikan tekak anda.

9. Kakak. Lagenda yang sangat 'cool'

10. Kiah. Gelaran ini diberikan dan dipopularkan oleh Bolok.

11. Bolok. Gelaran ini diberikan dan dipopularkan oleh Kiah.

12. Internet dan ninja turtle. Objek-objek yang hampir sama, tetapi berlainan. Sama dari segi mereka yang amat memualkan.

13. Tubuhe. Tubuh wanita yang 'gebu' dan menarik.

14. Mongek. Rempit yang dipopularkan oleh Kiah.

15. Cetung. Masam, juga dari Kelantan.

Anda faham perkataan-perkataan di atas??? Semiotik sebaliknya...

Tuesday, December 21, 2010

Wajah-Wajah Gembira

Wajah-wajah gembira selepas berjaya bentang PeTA Penulisan 2010. Sebelum mula semua muka cemas, tapi lepas habis...


Aksi sedih dan gembira


Apabila dua Fairuz (Bolok dan Kiah) bertunang, baju sama tema. hohohoo


Nada dan saya, yeay gembira...


Fairuz (Bolok) : Saya dah bertunang...yeay...


Pose sopan saya dan Fairuz (Kiah). hahahhaa


Fairuz (Kiah) : Tahun depan saya pula jadi isteri orang ya, Kak Rozie

Geng hijau


Ruby : Tahun depan saya pula jadi ibu ya, Kak Rozie


Rombongan meminang "Budak Teater" untuk saya. lol. Nada jangan marah ye...hahaha


Fairuz (Kiah) dan Kak Nani : Kami model komestik. Cerah kan...???

Apa-apa pun tahniah kepada semua dan ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada penyelia-penyelia kami iaitu Encik Zakaria Ariffin, Dato' Anwar Ridhwan, dan terutamanya kepada Dr. Haji Faizal Musa.

Dan terima kasih kepada Kak Nani yang tahan dengan perangai gila-gila kami. Nanti sudah kahwin dengan abang "M", jangan lupa jemput ya. lol

Monday, December 20, 2010

Hari Isnin Yang Sangat SERAM

Hari yang menakutkan sudah tiba. Pada hari isnin, 20/12/2010, pembentangan projek tahun akhir atau penilaian tahun akhir (PeTA) fakulti penulisan diadakan. Semua peserta pada hari sebelumnya iaitu ahad sangat gementar sehingga tidak dapat tidur dan bermimpi-mimpikan hari ini. Walaupun agak gementar, ia harus ditempuhi.

Pelajar-pelajar yang dinilai:

Sebelah pagi:

Novel

1. Roziah Adama - Tibabar
2. Nada Haifaa - Sayap Ilusi

Skrip Pentas

1. Asrul Sany (saya le tu) - Muzikal Manusia Burung
2. Fairuz (Kiah) - Realisme - Dalam Kurungan

Sebelah petang:

Skrip Pentas

3. Ruby - Muzikal Bapa Mentuaku
4. Fatiha (Wardah) - Non Realisme
5. Fairuz (Bolok) - Non Realisme - Kumpulan Drama "Undilah Aku"

Pada sesi awal, penilai-penilai agak ghairah untuk bertanya dan sesi saya dan beberapa sahabat yang lain adalah selama sejam. Tetapi pada sebelah petangnya, sesi itu dipendekkan selama setengah jam sahaja.

Walaupun agak nerbes, saya tetap bangga kerana penyelia saya iaitu Faisal Tehrani sudi meluangkan masa melihat pembentangan saya. Tahniah ya, kawan-kawan. Semoga kita tetap sama walaupun anda sudah jadi popular, kaya, kahwin dan sewaktu dengannya. Amin.

Gambar-gambar di bawah adalah reaksi kami ketika membentang. Terbaikkkk...


Fairuz (Kiah) dengan aksi komedinya


Asrul Sany iaitu saya yang cuba jadi serius dan tidak terlalu kanak-kanak


Fairuz (Bolok) cuba jadi seperti ahli politik atau angry young man.


Kak Rozie aka CEO sedang bercerita mengenai "Gebu", "Kambing". Tibabar, kak Rozie.


Nada Jaejoong yang sangat-sangat serius


Puan Ruby yang tenang, seri orang bakal kahwin mungkin. lol


Fatiha (Wardah) yang memperjuangkan bahasa Melayu baku. berusahalah!

Masih sedih kerana hari ini adalah hari terakhir kami bergelar seorang pelajar ASWARA dan bakal membawa haluan masing-masing dengan kerjaya, kahwin, anak, bini, suami dan sewaktu dengannya. sob sob sob.

Saturday, December 18, 2010

Kenangan : PeTA 2010 Cepatnya Masa Berlalu

Mood : Agak sedih

Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba sudah sampai ke penghujung masa ijazah. Isnin ini kami bertujuh iaitu Nada, Fairuz (Kiah), Ruby, Kak Rozie, Fatiha (Wardah), Fairuz (Bolok),dan saya sendiri akan menghadapi hari yang paling mendebarkan iaitu penilaian projek tahun akhir sebagai syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana muda di ASWARA. Selamat berjaya ya, kawan-kawan, nanti kalau sudah kaya, berjaya, kahwin dan beranak jangan lupa saya ya. Dan harap-harap lima tahun lagi, kalau saya membawa "dia" ke reunion jangan pula kamu membencinya dan saya ya. haha (ketawa dalam sedih. Hujan yang turun...)




Saya dan Fairuz (Bolok) ketika menunggu lift di rumah kami.


Mesranya mereka... Fatiha (Wardah) dan Fairuz (Kiah)


Nada dan Saya ketika mak yong. Saya bertugas jadi tukang props, Nada jadi make up artis



Fairuz (Bolok), Ruby dan Nada ketika makan di JKR yang sekarang mahu ban budak-budak ASWARA makan di sana.


Saya, Fatiha (Wardah) dan Kak Rozie (CEO) ketika masa persembahan mak yong. Mereka jaga logistik.

Ah, SEDIH mahu meninggalkan mereka dan skandal-skandal di ASWARA yang semakin hari semakin cute.

Thursday, December 16, 2010

Chic Bukan Chick Ye...

Chic ye, bukan Chick. lol

Saya masih teringat beberapa tahun lepas ketika berjalan-jalan di BB, bahagian perfumes, saya dan my other half tengah borak-borak pasal perfume yang dia dapat sempena dia berhenti dari keje. Tiba-tiba, ada seorang kakak jaga kaunter perfume hentikan saya dan cakap:

"Dik, sebutan perfume tu Chic, bukan Chick"

Hampeh akak tu. Nak betulkan sebutan pun jangan le dengan nada memerli, thaulah BI saya tak best.

Itu cerita tahun-tahun lalu ketika saya masih slim. Sekarang saya sudah ada lemak berkrim, saya dan adik berjalan-jalan di Sogo mencari barang hantaran kakak. Dia suruh cari perfume Carolina Herrera. Sampai di kaunter, saya tanya:

"Perfume Chic by Carolina Herrera ada?"

Kali ini sebutan jenama dan designer sudah betul ya. Tapi yang klaka, penjaga kaunter tu cakap:

"Owh, perfume Chick"

Terbalik pulak???

Followers