Showing posts with label Tiada Label. Show all posts
Showing posts with label Tiada Label. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Bosan

Bercinta sampai berkepit 24 jam,
Kahwin atas cinta sama cinta.
Tapi, selepas beberapa tahun atau bulan,
dah bosan...

Apa sebenarnya punca kebosanan itu?

Sudah jumpa yang lebih kacak/cantik?
Tak tahan dengar bebelan kesayangan sendiri?
Orang rumah/kekasih sudah berubah susuk tubuh?
atau apa?

Wednesday, August 8, 2012

Cake With The Letter 'R'

I want my cake and I want to eat it too
I wanna have fun and be in love with you
I know that I'm a mess with my long hair
And my suntan, short pant, bare feet, I don't care
What they say about you, what they say about me
Because I know that it's l-o-v-e
You make me happy, you make me happy
And I never listen to anyone
Let them all say!

Friday, August 3, 2012

Masterplan

Kalau semuanya tak kena, tiba masanya merancang untuk keluar?*

*Kagum dengan Katie Holmes yang merancang penceraiannya dengan Tom Cruise. Smooth ~

Monday, July 30, 2012

F-U!

Sometime it's easier to trust a few, and ignore the rest.
Cause you will never know when someone will stab you in the back,
and let you bleed until you die...*

* Can't wait to fly like a bird and flipping my middle finger to certain someone.

Tuesday, July 24, 2012

Cinta Itu Satu Komunikasi Yang Pahit

Kadang-kadang, kita boleh jadi pendengar terbaik untuk kawan atau orang 'asing'...
Daripada mendengar luahan dari 'orang' yang paling sayangkan kita.


*tak ada kena mengena dengan diri saya, cuma inilah yang sering terjadi dalam C.I.N.T.A. zaman laman sosial ni ~




Wednesday, April 18, 2012

Gembira

Baking + Cooking.
Can be therapeutic.
But cleaning afterwards is completely different story.
haha 

Thursday, October 6, 2011

R

Dedicate to someone who's nicer than an angel

Honestly what will become of me
Don't like reality
It's way too clear to me
But really life is dandy
We are what we don't see
Missed everything daydreaming

Flames to dust
Lovers to friends 
All good things DON'T HAVE come to an end

It's not a sad song, it's a happy (altered) song (with a smiley face)

Friday, August 19, 2011

Religious Bitches

Hanya Tuhan sahaja yang selayaknya menghakimi dan menilai hamba-hamba-Nya,
bukan MANUSIA...


Sekian.

Thursday, August 4, 2011

Amoi-Amoi

Baik sungguh colleagues aku kat Opis. Nak makan depan-depan aku pun MALU.
COMEL.

;-)p

Friday, July 15, 2011

Javier Bardem

Mood si Jejaka tidak berapa baik. Bukan tekanan disebabkan kerja kerana semua editor, proof readers, rakan penulis dan sebagainya sangat baik dengan si Jejaka. Kerjanya tidak pernah membebankan si Jejaka. Sebaliknya punca mood buruk si Jejaka disebabkan oleh migraine.

Seharian kepala si Jejaka rasa seperti mahu pecah. Walaupun begitu dia tetap keluar rumah kerana ada meeting dengan editor. Selepas selesai, dia berjalan pulang dengan menaiki lrt Stars. Masuk keretapi agak padat dengan manusia baru balik kerja. Seperti sardin berhimpit-himpit.

Si Jejaka berdiri sebelah si Gadis. Montok, ketat dan bersolek tebal. Tiba-tiba keretapi berhenti dengan mengejut. Menyebabkan si Jejaka tersentuh 'dua bukit' gebu milik si Gadis. Belum sempat si Jejaka meminta maaf, si Gadis sudah menjerit:

"Jantan sial! Ko raba aku! Pokpek! Pokpek! Pokpek!"

Semua orang memandang mereka. Si Jejaka dengan muka tanpa sebarang emosi, membalas bebelan si Gadis dengan:

"Saya gay. Saya nak raba yang cam Javier Bardem je!"

Pintu keretapi destinasi si Jejaka terbuka. Si Jejaka melangkah keluar dengan migraine-nya yang makin bertambah.

Friday, July 8, 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Jangan tanya soalan bila nak kawen kat saya

Antara soalan-soalan cepumas yang ditanya oleh kawan-kawan/bloggers/skandels dan sewaktu dengannya mengenai blog saya:

Kenapa blog ko selalu cite pasal ko ngorat orang ar?
Kenapa aku nampak ko cam kecewa je dalam blog?
Kenapa ko suka wat puisi pendek2 dan seram?
Kenapa ko suka tukar layout?
Ko cakap ko penulis kanak2, napa tak pernah pun nampak keje ko kat blog?
Kenapa ko sedih sangat pasal 'bulan' tu? Siapa tu sapa?
Kenapa ko tak cakap siapa 'bintang' ko?
Kenapa ko poyo sangat cite 'kehebatan' ko dalam blog?
Kenapa ko romeo sangat? Cian kat 'awek tu'
Kenapa ko suka sangat cite pasal ko nak jadi bapak?
Kenapa ko tak baik balik ngan 'bulan' ko? (soklan yg paling bodoh)
'Bulan' ngan 'Orang Itu' sama ke? Nape ko tak cite?
Kenapa ko suka sangat ngorat orang, pastu cite kat blog? Nak tunjuk bagus ke?

Bla, bla, bla, banyak lagi soalan yang diberikan kepada saya melalui facebook, masa jumpa kat luar etc. Rasa cam artis lak. hahaha. Apa pun, satu je jawapan saya kepada soalan-soalan di atas.

"Suka hati aku le. Ni blog aku"

p/s : Tak marah pun, cuma rasa kelakar sampai editor saya pun bertanya 'Adakah saya sedang kecewa sekarang?' Senyum saja.

Wednesday, July 6, 2011

Awek + Babies

Kejadian ini berlaku dalam dua minggu lepas. Seorang awek blogger ajak saya keluar minum. Dia sudah lama add saya dalam facebook. Lepas tukar-tukar nombor, borak melalui facebook dan sms, tiba-tiba suatu hari, dia ajak jumpa kat satu kafe berdekatan dengan flat saya.

Awek : Suka baca blog awak. Awak suka budak-budak. Saya pun suka budak-budak.

Saya : Terima kasihlah sebab sudi baca blog saya.

Awek : Awak mesti dah fikir nama anak-anak awak kan?

Saya : Ofkos. Saya tak sabar.

Awek : Apa nama bakal anak-anak awak?

Saya : (Teruja) Kalau lelaki saya nak nama Jaime. Kalau perempuan, nama Syrena.

Awek : (Gelak tak ingat dunia) Kahkahkah. Muka cam Siam, ada hati nak bagi nama anak omputeh.

Saya : (Senyum) Sebenarnya kat kampung saya, nama Jaime tu nama yang biasa orang guna. Asal dari nama Ruzaimi. Syrena bagi saya unik. Lagipun kalau dah anak-anak saya, muka Siam pun, otak kompom bijak cam ayah dia gak. Tak sabar nak ada diorang.

Awek : Kalau awak dah tak sabar nak anak, cepat-cepatlah masuk meminang saya. Kita kahwin, pastu dapatlah anak.

Saya : Tak apalah. Terima kasih saja.

Awek : Napa lak? Jangan risau. Ayah ngan mak saya tak garang and demand.

Saya : Bukan pasal tu.

Awek : Habis tu, kenapa?

Saya : Awak cute, tapi saya tak minat kat awak.

Lepas saya cakap macam tu, muka awek terus bertukar. Saya cuba buat lawak, tapi dia diam. Selepas beberapa minit, dia minta diri untuk blah.

Kenapa saya ceritakan kisah ini walaupun ia kisah lama? Sebab saya baru perasan awek ni dah remove saya dari facebook dia.

Maaf wahai awek ya,
Saya tak sengaja,
Hendak buat cam mana,
Kalau awak bukan taste saya?

Sunday, July 3, 2011

Pekerja Uniform Merah

Kejadian ini berlaku masa saya dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Terbang atas udara. Dua orang 'pekerja uniform merah' membawa troli makanan. Salah seorang darinya sangat cute (dah usha masa kat airport). Pekerja uniform merah berikan makanan kepada penumpang sebelah saya. Saya senyum kat dia sebab tempat duduk saya kat tepi, dekat sangat dengan dia. Dia perasan saya senyum kat dia dan bertanya:

Pekerja Uniform Merah : Adik nak beli apa-apa? Kopi, teh?

Saya : (dalam hati) Adik????

Saya : Boleh saya dapat nombor telefon awak tak kalau saya beli kopi dari awak?

Pekerja Uniform Merah senyum dan ambil cawan kertas dan tulis nombor telefon dia. Tuang kopi dan bagi kat saya. Saya bayar dan dia terus blah layan orang lain.

Akhirnya saya sampai kat airport Kelantan. Sempat jumpa Pekerja Uniform Merah masa nak keluar dari kapal terbang. Senyum.

Pekerja Uniform Merah : Text me for a drink later.

Sampai kat terminal, saya buka telefon ingat nak sms dia. Tapi tak jadi lepas saya tiba-tiba teringat kat 'si bintang'. Masih simpan nombor Pekerja Uniform Merah. Selepas beberapa hari, agak-agak dia ingat kat saya lagi ke? Oh, 'si bintang' kau buat aku jadi 'hantu'.

Monday, June 27, 2011

Rindu

Muka macam saya pun ada yang sudi rindu ke?

Dua tiga hari ni, bulu mata belah kanan saya asyik jatuh je. Bak kata orang-orang tua (dan muda), maknanya ada orang sedang rindu kat saya.

Betul ke? Kalau betul, teringin mahu tahu siapakah si perindu itu? Adakah si perindu itu 'sang bintang' yang saya rindu?

Setahu saya, yang rindu confirm kat saya, ayah saya je. hahaha. Tadi saya sms ayah saya, gurau-gurau sebab kebosanan.

Saya : Papa, do you miss me? ;)

Papa : Jgn merepek ms sblm lunch ni.

p/s : Merindui 'bintang' saya yang sedang 'bersinar' di galaksi

Monday, June 20, 2011

Sesuatu yang Comel di Uniqlo


Tak sangka ramai lak yang hendak tahu apa yang comel berlaku di Uniqlo. Ok lah, sebenarnya ada beberapa kawan yang dapat teka. Sesuatu yang comel berlaku masa saya hendak cari seluar di Uniqlo. Masa saya ambik seluar jenis crop, seorang pekerja Uniqlo yang cute tiba-tiba tegur saya.

Dia : Bang, saya rasa saiz ni bukan saiz abang. (sambil ambil saiz lain) Yang ni lagi ok.

Saya : (Sambil tengok saiz) Kecik ni beb. Tak bernafas kang.

Dia : Cuba dulu bang.

Saya : Kalau saya tak suka, cam ne?

Dia : Nak bet?


Saya senyum dan ambil seluar yang dia pilih dan seluar yg saya pilih. Cuba kat bilik persalinan. Sekali apa yang dia cakap betul. Saiz yang dia pilih lagi sesuai dengan saya. Saya buka pintu, terkejut tengok dia ada tunggu kat luar.

Dia : Betulkan saya cakap? Abang kalah.

Saya : (senyum) Ok saya kalah, jadi?

Dia : Abang kena belanja saya minum.


Saya : Ok. Tapi saya nak cuba seluar saiz ni. Kaler lain pulak. Saya pegi ambik dulu ye.


Dia : Takpe bang, saya ambikkan. Biar saya pilih kaler sesuai untuk abang.


Dia terus pergi tanpa saya cakap apa-apa dan kembali dengan beberapa warna. Akhirnya dengan cadangan beliau saya ambik warna beige n navy. Saya keluar, dia pun ikut sama. Sampai teman saya ke kaunter. Saya bayar, keluar resit dia tulis sesuatu kat resit. No telefon dia n ayat text me for lunch. Dia serahkan resit tu kat saya dan cakap "setengah jam lagi saya free".

Saya ambik resit tu dan jalan-jalan kat KLCC setengah jam dan sms dia ajak lunch kat foodcourt. Ingat mahu belanja dia sebab kalah bet. Tetapi sebaliknya dia segan nak terima. Hari yang sangat comel. Harap dapat jumpa dia lagi.

Thursday, June 9, 2011

Monday, June 6, 2011

Comel

Lagu + Awek ni : SANGAT comel, comel, comel, comel,
comel, comel, comel, comel, comel, comel, comel, comel, ......

Friday, June 3, 2011

Dunia Sangat Kecik

Hari ni dapat tengok X-Men First Class kat Berjaya. Pukul 10.40 ada kat sana sebab time start pukul 11. Ada beberapa orang tengah q nak beli tiket. Masing-masing dengan "Balaks n aweks". Saya datang seorang-seorang je.

Mulanya nak tengok dengan "budak skol" yang jumpa kat KLCC, tapi fikir balik lebih baik tengok seorang-seorang je. Lagipun tak sms or call dia pun lepas tukar number semalam.

Skali nak mengelak dari dia, terjumpa lak die masa kat pintu masuk bersama kawan-kawan beliau. Tak sempat nak larik sebab dia nampak saya. Dia ada cakap nak tgk X-Men semalam, tapi tak sangka lak dia nak tengok kat Berjaya. Apadaa...

Kat dalam panggung, seat saya kat depan, seat dia kat belakang. Member2 dia start bising masa start movie, tapi saya dengar dia cakap:

"Diam ar. Abang depan tu nak tengok movie"

Ah, terharu dia cakap cam tu untuk saya sebab saya paling menyampah kalau tengok wayang ada teenagers yang bising2. (ni antara yang kitaorang borak kat Dome)

Lepas movie, dia ajak saya ikut member2 dia, tapi saya bagi alasan kena jumpa editor. Segan nak ikut budak2. Saya terus balik walaupun hajat awal nak tengok Kungfu Panda lepas tu. Takut terserempak dengan dia lagi.

Dia sangat comel dan kelakar. Kalau le dia tua sikit kan best.

p/s : Saya rasa tua cam wall blog ni, minus the six pack from Daniel G ar..

Followers