Showing posts with label Orang Baru. Show all posts
Showing posts with label Orang Baru. Show all posts

Monday, February 7, 2011

First Unofficial Date

Demam, tapi masih pergi ke McDonald's untuk sarapan walaupun selsema dan batuk dengan teruk. Sebab mengapa tiba-tiba saya hendak bersarapan di sini, selain untuk mendapatkan wi-fi percuma adalah kerana 'Orang Baru' ajak saya teman dia bersarapan.

Keluar masa demam bukanlah satu idea yang terbaik. Sepanjang dia bercakap pasal The Red Warriors dan bola sepak, saya rasa sangat-sangat mengantuk. Tambah pula saya langsung tidak berminat pasal bola. Saya hanya tersenyum sambil sekali-skala cakap "ya" dan bersetuju dengan apa saja dia katakan. Dia masih belum tahu saya tidak berminat dengan bola sepak.

Mujurlah selepas jenuh bercakap pasal bola (masih tidak berminat), dia bercakap pasal filem-filem yang dicalonkan Oscar tahun ini. (yeay) Akhirnya ada topik untuk dibualkan.

Suara saya sangat-sangat kasar kerana batuk dan dia kata suara saya seksi. (blush) Saya tidak dapat menahan ketawa sebab dia suka buat lawak. Batuk beberapa kali. Dia senyum. (terawangan seketika)

Saya sangat-sangat gembira berkenalan dengan 'Orang Baru', tapi sebagai kawan sahaja. Saya masih belum bersedia untuk betul-betul ada kesayangan baru.

p/s : Saya tak sangka saya boleh suka dengan orang senegeri sendiri.

Followers