Saturday, June 29, 2013

Hari 29

Entri lepas ada cakap pasal nak tambah Guinea Pig kat AiS Pet Store. Tapi tak jadi sebab dia suruh bank in kan duit penuh sebelum dia bagi sepasang GP kat saya. Memandangkan duit tu daripada investor saya a.k.a mak saya sendiri, jadi saya agak risau takut dia kencing. Lagipun dia keberatan untuk saya masukkan separuh dulu duit deposit.

Jadi lepas tanya kawan-kawan, diorang sarankan saya beli kat seorang breeder GP yang femes. Harga lebih kurang sama je, dan saya dapat warna dan baka GP yang sangat-sangat rare. 

BTW, ni GP pertama saya, baka Texel yang diimport dari Holland. Harga boleh tahan tapi berbaloi sebab warna dia rare iaitu self color flame red. Nama beliau Miley Cyrus. hehehe.


Ni masa dia kecik.
Yang ni latest, umur sebulan, bulu tunggu masa nak jadi panjang dan kerinting.

Next saya update pasal husband Miley lak. hehehe. Cuba teka apa nama husband beliau?

Saturday, June 22, 2013

Friday, June 21, 2013

Hari 21

Cadangan awal saya dan bisnes partner nak tambah landak dalam AiS Pet Store, selepas raya. Tapi semalam chat dengan investor saya, dia suruh tambah guinea pig la pulak. Memandangkan beliau adalah mak saya, jadi saya pun dengar lah cakap beliau. hehehe. Dah duit dia kan. hohoho.

Ingat beliau nak tambah guinea pig baka murah aka Abyssinian (yang regenya hanya rm20-rm50 di pasaran), tapi sekali beliau nak bagi sepasang guinea pig baka yang mahal dan rare. Dia beri pilih samada nak baka bulu panjang lurus atau yang kerinting. Sebab saya suka yang pelik, jadi saya pilih yang bulu kerinting ala-ala Justin Timberlake.

Excited tunggu pet baru dan harapnya dapat membiak bagai johan. Sampai awal bulan Julai. Sempena Ramadhan. Amin.  

Oh ya, baka yang rare ni rege dia beratus-ratus gak. Dan nama baka ni Alpaca.

Yang ni jantan. Nama dia mungkin Mark Ruffalo atau Gavin Rossdale.

Betina dah kompom nama dia Gwen Stefani sebab sgt2 cool kaler dia.

Siap dapat pree bekas dia ag, chumei tak? kalah kak Ton hehehe
 
Rancangan untuk tambah landak mini kena tangguh dulu, sekurang-kurangnya sampai hujung tahun dan proses biak Guinea Pig ni berjaya dengan cemerlang. Amin...

P/S : Ada member cadangkan blog ni kasi tukar jadi AiS Zoo lak hehehehe...

Thursday, June 20, 2013

Hari 20

Lepas Raya nak tambah Hedgehog a.k.a landak lak dalam AiS Pet Store. Yeay ~
Nak Ambik seekor kaler Albino dan seekor kaler Salt and Pepper. 




P/S : Lepas landak, saya tengah cadang2 nak tambah sejenis lagi pet dalam AiS Pet Store. Tapi ngah masih nak pilih-pilih sama ada nak yang 'kerinting' atau 'rambut panjang ala gadis'. Agak-agaknya pet apa????

Wednesday, June 19, 2013

Hari 19

Semalam chat dengan business partner a.k.a banker a.k.a mak saya, hehe.

Kata beliau kalau bisnes saya dah cemerlang, gemilang dan terbilang, dia nak hadiahkan saya sepasang sugar glider kaler putih atau dalam nama omputehnya, kaler Leucistic.

Walaupun saya jangka dalam beberapa tahun baru nampak hasil yang hebat, tapi rasa lebih bersemangat lepas tahu ada ganjarannya. hehehe.

Oh ya, harga seekor sugar glider Leucistic ni 5k seekor. Awesome tak mak saya? muahahaha.

Kompom Britney jeles kalau ada pet cam ni.
Bawak jejalan sambil suping pun awesome gak ni.
Beza yang kaler putih dan biasa.
p/s : Selain kucing dan hamster, bisnes partner saya aka Pak Cik Yang Tak Suka Cakap Kosong nak tambah 'haiwan berduri' lak pas raya. Sekarang tengah cari ilmu macam mana nak handle haiwan ada duri-duri yang chumei tu.

Thursday, June 13, 2013

Hari 14

Kalau beli van Volkswagen atau jenis truck klasik dan buat bisnes cam food truck kt US awesome gak ni.

Sambil-sambil kerja pensyarah sambilan, lepas kelas leh jual makanan kat pelajar-pelajar hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 9, 2013

Hari 9

Memandangkan salah seekor kucing saya iaitu Leo telah direhome dan Jeremy pun masih terlalu muda untuk jadi bapak-bapak, saya dan bisnes partner buat keputusan untuk menambah seekor kucing jantan yang telah ada pengalaman menjadi bapak-bapak. Setelah banyak kucing yang kami rejek, akhirnya kami membuat keputusan untuk memilih kucing jantan berwarna hitam oren.

Jadi diperkenalkan kucing jantan baru, semi flat persian, berusia setahun setengah yang diberikan nama Seth Macfarlane yang namanya diambil sempena penulis kegemaran saya (sila rujuk wall saya, kacak kan? hahaha)

BTW pic yang last tu anak kepada Seth. Sebijik cam bapak dia.

Sexy tak? hehehe
Anak kepada Seth


Wednesday, June 5, 2013

Hari 5

Mujur ada dua rakan bisnes* yang bagus.
Kalau tanpa mereka, memang tak jalan bisnes.
Syukur setakat ni bisnes berjalan lancar. Tak sabar nak kembangkan bisnes boarding pet dan tambah beberapa baka kucing yang dulunya tak mampu nak miliki. Hehehe.

*Bisnes partner sy : mak sy sendiri sebagai silent partner dan blogger BukanKosong jadi co partner AiS Pet Store.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Followers