Friday, March 30, 2012

Jeremy Renner as Hawkeye : 1/6 The Avengers Action Figure

Another action figure coming my way. Super excited cause it based on one of my favourite actor, Jeremy Renner. The face's cute, although I wish they could do more with his muscular arm. Can't wait to grab this guy. There goes my money again. Wonder what my sayang will think...haha 









Tuesday, March 20, 2012

FAKER Episod 3 : Jaket



Anya dan Farris keluar dari kereta mereka di tempat letak kereta KLArts. Melihat diri Anya sungguh fashionable dengan baju sekuin Jean-Charles de CastelbajacChristian Dior Guetre Ankle Boot dan Givenchy Nightingale handbag, membuatkan ramai pelajar kagum. Sementara Farris hanya ringkas dengan pakain dari Balenciaga koleksi Spring 2012

"Hari pertama di KLArts!" Anya begitu teruja, sementara Farris hanya diam.
"Pelajar baru? Selamat datang. Let me get to the point. Kat sini, I'm the Queen Bee. Be my friend and you'll be popular and fabulous like me," Kasia tiba-tiba muncul.
Anya memandang Kasia dari bawah ke atas. Anya kagum melihat Kasia memakai pakaian dari Louis Vuitton berwarna putih kerana warna putih menambahkan lagi berat badan Kasia yang sudah curvy itu. Anya juga teruja dengan pilihan kasut tumit tinggi juga dari Louis Vuitton. Begitu komited dengan jenama dan fesyen. Namun Anya tidak boleh memuji Kasia kerana dia harus menunjukkan dirinya adalah Queen Bee, bukan Kasia. Dia yang akan menguasai KLArts, bukan gadis gemuk dan yakin bernama Kasia ini.
"Move it, fattie. There's a new queen in town!" Anya sombong dan berlalu pergi. 



Friday, March 16, 2012

To Whom It May Concern


You're my gangster, you're like Al Capone
You're like Caesar stepping on to the throne
You're Abe Lincoln cause you fight for what's right
You're my angel bringing peace to my life.


I'm your biggest fan, it's true
Hopelessly attracted to you
Love the way you are
You're my superstar


p/s : Do visit my short, "Ais Krim" feature for Warna Kaseh as well. ;-)p

Wednesday, March 14, 2012

BFF = Best Fucker Forever

Kadang-kadang lebih baik ada kawan seksi mendada,
dari kawan bertudung tapi mulutnya seperti puaka.

Mahu kita ubah, itu, ini, persis Aaron Aziz agaknya,
Sedangkan dia lebih teruk dan babi dari pelacur tua.

Kita gemuk, kita celaka, kita buruk, dia nampak segala,
Dirinya debab, muka buruk, hati gampang tidak dilihat pula.

Oh dunia dan kelakuan bisa, memang perit, sekejamnya,
Bukan kerana penjahat tapi kawan sendiri rupanya.

Thursday, March 8, 2012

Little Syrena Episode 8 : Ketam Masak Lemak


"Syrena, ni kak Shila. Syrena duduk dengan dia tau kejap. Shila tolong jaga anak saya hari ni," Asyraf mengarah Syrena dan pekerja baru di pejabatnya, Shila sebelum Asyraf bergegas masuk ke bilik mesyuarat.
Tidak lama kemudian, muncul Lelaki Kacak masuk pejabat. Shila terus membuka begnya dan mengeluarkan bekas makanan.
"Untuk awak. Ketam masak lemak," Shila menghulurkan bekas.
"Terima kasih je lah. Saya tak suka. Elergik..." 
Lelaki Kacak terus meninggalkan mereka. Datang pula seorang Lelaki Comot mendekati mereka dan terus mengambil bekas makanan dari Shila.
"Udah-udah la tu. Dah seminggu ko masak untuk dia. Semua dia tolak. Last-last aku gak jadi mangsa habiskan. Hari-hari aku makan ketam masak lemak ko," Lelaki Comot mengomel.
"Sibuk la! Dah pergi sana!" Shila marah sambil melihat Lelaki Comot tersenyum dan meninggalkan mereka.
Syrena asyik melihat Shila dari atas ke bawah. 
"Tragik!" Syrena menyambung, "Syrena baca dalam Teen Vogue, lelaki sukakan visual."
"Visual? Maksudnya?" Shila bertanya.
"Tengok sana..."
Syrena menunjukkan ke arah Lelaki Kacak yang sedang mengorat Perempuan Cantik.
"Apa yang perlu akak buat untuk dia ngorat akak?"
"Kak Shila dah dapat gaji kan sekarang?" 

Selepas waktu rehat...

"Akak malu la Syrena..."
"Confident kak! Yakin boleh! Demi abang kacak!" Syrena memberikan semangat.

Sementara itu Lelaki Kacak sedang mengumpat dengan Perempuan Cantik, pasal Shila yang diberikan gelaran sebagai 'Cik Senget'. Gelaran ini diberikan kerana Lelaki Kacak rasa Shila senget sebab ada hati untuk mengorat Lelaki Kacak. Mereka rancak mengutuk Shila sehinggalah...

Shila masuk ke pejabat dengan imej baru. Semua mata terlopong melihatnya. Termasuklah Lelaki Kacak yang tidak menghiraukan Perempuan Cantik setelah melihat Shila versi terbaru.



Sila bayangkan Shila masuk ke pejabat sambil muzik ni sebagai latar. Cuba, jgn tak cuba!

"I suka you..." ujar Lelaki Kacak dengan gaya seksi.

Ketika Shila sedang angau-angau, Lelaki Comot muncul mendekati mereka dengan muka marah.

"Hoit! Lepas dia cantik baru ko nak kat dia! Aku suka dia dulu tau!" Lelaki Comot berkobar-kobar.
"Aku suka dia dulu!" Lelaki Kacak menengking.
"Shila, saya sebenarnya dah lama suka kat awak. Sejak awak mula keja lagi. Sejak saya mengkedarah ketam masak lemak awak, saya terus jatuh cinta! Terimalah saya sebab saya sanggup terima awak seadanya tanpa awak susah-payah pakai pakaian mengarut macam sekarang," Lelaki Comot meluahkan perasaannya.
"Pedulikan dia Shila. Saya suka gaya awak sekarang. Pilih saya yang kacak ni," Lelaki Kacak tak mahu mengalah.

Shila jadi serba salah kerana dia tidak menyangka menjadi awek hot penuh dengan cabaran. Syrena melihat gelagat mereka dan ketawa.

"Abang comot, ikut Syrena jap," Syrena menarik tangan Lelaki Comot masuk ke bilik papanya, Asyraf.

Setengah jam kemudian, Syrena keluar.

"Memperkenalkan abang comot versi upgrade!" Syrena teruja.

Lelaki Comot keluar dan semua terkejut melihat perubahan wajahnya yang sangat comot menjadi bersih. Rambutnya lebih rapi, badannya berbau wangi dan kelihatan 50% kacak dari imej sebelumnya.

Shila memandang Lelaki Kacak yang yakin Shila akan memilihnya dan berkata, "Sorrylah. Muka dia lagi kacak. Lagipun dia suka makan ketam masak lemak saya. Ok, bye!"

Shila mendekati Lelaki Comot dan berkata, "Nanti esok saya masak ketam masak lemak lagi ye, abang..."
"Abang...??? Yahuuu!!!" Lelaki Comot gembira sambil melompat-lompat.
"Adults these days..." Syrena mengeleng-gelengkan kepalanya.

p/s : Cameo dari Shila aka MisSenget
p/s : Don't take this series too seriously. Am poking fun at myself by writing some cliché stories for the series. haha

Followers