Saturday, November 26, 2011

Little Syrena episode 1 : Unkle Rash


"Syrena pasti nak shopping kat sini?"
"Of course-lah. Sini best!" Syrena teruja.
"Ye lah, tempat ni tak mewah macam tempat papa dan daddy Syrena selalu pergi."
"Eleh, papa je shopping tak ingat dunia. Daddy Syrena pun selalu beli kat Tesco je!"
"Syrena nak beli apa kat sini?"
"Nak beli hadiah kat kawan papa."
"Abis tu kenapa ajak uncle shopping?"
"Sebab badan kawan papa tu macam uncle. Kurus-kering! Lepas shopping unkle Rash wajib makan tau. Bukan permintaan, tapi arahan!"
"Baik, tuan puteri."

Mereka akhirnya sampai di Jusco, Maluri. Syrena terus menarik tangan Rashid ke bahagian pakaian lelaki. Beberapa pakaian dipilih dan Syrena menyuruh Rashid mencuba semuanya.

"Too fatty!" "Too tight!" "Too ugly!" "Worse!"

Itu antara komen Syrena. Semuanya tidak kena dan Syrena mahukan sesuatu yang sempurna. Akhirnya Syrena terjumpa sehelai blazer skinny fit.

"Cantiknya ni unkle Rash. Tapi jenama dia... Suave? Tak pernah dengar pun."
"Jenama Jusco tu. Famous apa?" terang Rashid bangga.
"Cepat pakai. Cuba dengan chino pant ni jugak!" Syrena mengarah.

Rashid tampak kacak memakai suit penuh berwarna krim. 

"This is perfect!" Syrena menjerit dan menambah, "Jom bayar!"

Rashid melihat tag harga blazer dan seluar. Dia berkata, "Mahal ni, Syrena pasti nak yang ni?"
"Papa bagi budget 5 ratus. Bawah budget ni sebenarnya," Syrena mengeluarkan rm350 dari beg Miu Miu-nya dan memberikan kepada Rashid yang masih terkejut Syrena membawa duit yang banyak.

"Jum makan!" Syrena menjerit selepas Rashid usai membayar pakaian yang dibeli oleh Syrena.

Rashid menghantar Syrena pulang setelah Syrena memaksanya makan set steamboat yang banyak. 

"Thanks unkle teman Syrena. Nanti kita keluar lagi tau. Bye bye," Syrena berkata sambil mencium pipi Rashid sebelum dia masuk ke rumahnya.

Rashid memandu kereta viva silver-nya selepas dia memastikan Syrena selamat masuk dalam rumah  Apabila Rashid sampai di rumahnya, dia teringat beg berisi pakaian yang dibeli Syrena masih dalam bonet kereta. Dia mengambil iPhone 4-nya untuk menghubungi Syrena. Ada satu mesej diterima.

The gifts are for unkle Rash. Thnks sb tlg Syrena kat New York hari tu. Can't wait 2 C U again. xoxo.

Rashid tersenyum.

p/s : Unkle Rash is from Bukan Kosong.
p/s/s : Wonder who will Syrena meets next?

37 comments:

  1. Syrena sgt sweet
    If ai jd uncle rash Wajib terharuuuuu ngee
    Auntie ayumi sgt ketat2 taw
    Next bro ngeee

    ReplyDelete
  2. Syrena tak sabar nak jumpe Auntie Ayumi lak

    =)

    ReplyDelete
  3. waaa byknya da tertinggal ni..

    jap2 nak baca semua dlu..huu

    psss : ira belum jd cikgu lagi..br abis belajar..heeee...skang ni tengah tunggu surat posting..:)

    ReplyDelete
  4. Syrena follow Chuu jugak. hohoho

    akak Ira nanti jgn lupa baca semua kisah Syrena ek

    =)

    ReplyDelete
  5. waaa...

    terlepas kerinduan uncle kat Syrena

    lambat tul uncle Asrul bg kita jumpa kan?

    sila sekeh dia, muahahhahaha

    ReplyDelete
  6. Unkle Rash, tak baik cakap cam tu

    unkle Asrul tu ohsem. hahaha

    =)

    ReplyDelete
  7. jum kita date, tapi unkle khairul ada kat new york lagi kan?

    =)

    ReplyDelete
  8. biler nk jumpa L.. hhuhu

    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  9. biler nk jumpa L.. hhuhu

    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html

    ReplyDelete
  10. gua ada baju Suave (shhh...pemberian ex-gf), baru tau jenama jusco...mati2 ingat brand itali. ciss...
    Masih baru nak mengenal siapa Syrena dan siapa Asrul Sany.

    ReplyDelete
  11. wahhh syrena bwk byknye cash money!
    bile nk jumpe cik ana pulak ni syrena???? tak sbr nk cubit2 pp syrena tu!!! hehe




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  12. agak- agak bila gua dapat jumpa syrena? huhu.

    ReplyDelete
  13. hadiah untuk kita takde ke?...takan untuk uncle rash je?...jeles ni

    ReplyDelete
  14. akak nak novel... akak nak novel... akak nak novel ini....! sila buat satu...! arghhhhhhhhhhh...

    ps: jom shopping! best tahuuuuuu

    ReplyDelete
  15. so sweet syrena ni. jom shopping ngan kitorg plak.

    ReplyDelete
  16. uncle rash, jenama jusco pon suka yekkkk.. bangga~

    Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  17. gigih cari episode ni sbb baru perasan..ok..skang smbung episode 2 plak..hehehe

    ReplyDelete
  18. cerdik nyer syrena ni!!

    noti yaa kacau uncle rash.. meh sini, syiom pp syrena :P

    ReplyDelete
  19. Kak hanie, jummm

    akak riben merah, unkle Rash tu duta jusco hohoho

    unkle Khairul, sile bace

    akak Rain, larik....

    ReplyDelete
  20. Boleh tahan banyak budget yang papa syrena bagi kan..

    Syrena bakal berjumpa dengan penjual di Jusco lagi.. ;D

    ReplyDelete