Friday, July 15, 2011

Javier Bardem

Mood si Jejaka tidak berapa baik. Bukan tekanan disebabkan kerja kerana semua editor, proof readers, rakan penulis dan sebagainya sangat baik dengan si Jejaka. Kerjanya tidak pernah membebankan si Jejaka. Sebaliknya punca mood buruk si Jejaka disebabkan oleh migraine.

Seharian kepala si Jejaka rasa seperti mahu pecah. Walaupun begitu dia tetap keluar rumah kerana ada meeting dengan editor. Selepas selesai, dia berjalan pulang dengan menaiki lrt Stars. Masuk keretapi agak padat dengan manusia baru balik kerja. Seperti sardin berhimpit-himpit.

Si Jejaka berdiri sebelah si Gadis. Montok, ketat dan bersolek tebal. Tiba-tiba keretapi berhenti dengan mengejut. Menyebabkan si Jejaka tersentuh 'dua bukit' gebu milik si Gadis. Belum sempat si Jejaka meminta maaf, si Gadis sudah menjerit:

"Jantan sial! Ko raba aku! Pokpek! Pokpek! Pokpek!"

Semua orang memandang mereka. Si Jejaka dengan muka tanpa sebarang emosi, membalas bebelan si Gadis dengan:

"Saya gay. Saya nak raba yang cam Javier Bardem je!"

Pintu keretapi destinasi si Jejaka terbuka. Si Jejaka melangkah keluar dengan migraine-nya yang makin bertambah.

29 comments:

  1. mynshazmin : Tu r..thanks cikgu sebab sudi masuk sini

    ;D

    ReplyDelete
  2. alasan selamat tu buat gadis yang sedang hangin... heeeeeeeeeee... si migraine tu kamu bukan? huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Bidadari Syurga : Kalaulah si gadis tu bercakap manis cam akak kan best?

    udah telan beberapa aspirin... dh lega sket thanks ya ;D

    ReplyDelete
  4. hahaha.psiko2.jgn stress2.tenangkan fkiran 2 k.

    ReplyDelete
  5. dulu sy pn migrain jugak.. g jmpe doc.. then doc suruh krgkan minuman mengandungin caffein ( betul ke eja cmni? ) .. mcm nescafe.. alhmdllah skrg dh krg.. skit pn kl stress sgt2 je..

    ReplyDelete
  6. Cik TeN10 : Doktor bagi nasihat sama, tapi sebab saya penulis, jadi tetap degil n berskandel ngan caffeine gak

    ;D

    ReplyDelete
  7. untung la dapat dua bukit dan bebel free... haha...

    ReplyDelete
  8. ORLANDO AHMAD AL BUAYAK : Suaranya terlalu speaker untuk si jejaka suka...

    ReplyDelete
  9. main sembur aje kan gadis tu

    jaga diri
    makan ubat
    rehat banyak2

    ReplyDelete
  10. intan.maisarah : Tu ar, bengang jap 'si jejaka'...

    'si jejaka' sudah makan aspirin, dah ok sket

    ;D

    ReplyDelete
  11. dalam hati perempuan itu:

    "puh!nasib baik dia tak tau yang aku lesbian...".

    ReplyDelete
  12. GAY kerrrr??? hahahaha macam2 dialog daaa

    ReplyDelete
  13. perghhh ayat.... kalo aku nak ngaku gitu pon malu.. hihihihi.... sabo je la...

    ReplyDelete
  14. nak try raba..pas2 ckp im gay..
    hahahahah

    ReplyDelete
  15. tak sengaja pun nak marah, ish ish ish

    ReplyDelete
  16. dan2 gay.....mengaku je la Jejaka oi...haha

    ReplyDelete
  17. ghost writer : Lesbian? si jejaka lagi suka

    ;D

    ReplyDelete
  18. Encik MamaT : Aku memang tak tau malu ;D

    ReplyDelete
  19. delarocha : Tu r, sakit telinga si jejaka jap

    ReplyDelete
  20. Papa Mifz : Si jejaka 'gay'...kahkahkah

    ReplyDelete