Tuesday, June 14, 2011

Super 8 - Review

Cinta yang lebih jujur berbanding kisah cinta lain

Super 8 kerjasama antara J. J. Abrams (pengarah) dan Steven Spielberg (produser) mengisahkan Joe Lambs (lakonan Joel Courtney) yang kehilangan ibunya dalam satu kemalangan kilang. Joe bersama ayahnya Jakson Lamb (Kyle Chandler) cuba untuk meneruskan kehidupan mereka walaupun masih dalam kesedihan. Joe yang berbakat dalam menghasilkan solekan dan membina model berkerjasama dengan kawan-kawan baiknya iaitu Charles Kaznyk, Carey, Martin dan Alice (Elle Fanning) yang merupakan anak kepada musuh keluarga Lamb iaitu Louis Darinard. Mereka bersama menghasilkan sebuah filem zombie dengan menggunakan teknik Super 8. Ketika proses pengembaraan berlaku, mereka terlibat dengan kemalangan keretapi milik tentera udara. Sejak kemalangan itu berlaku, banyak kejadian aneh berlaku di pekan Lilian.

Secara keseluruhan filem ini sangat menarik dri segi jalan cerita, lakonan, pengarahan, penggunaan teknik lampu dengan menyelitkan semiotik tentang perhubungan dan kesedihan. J. J. Abrams berjaya mengembalikan kegemilangan filem bercorak mostersnya melalui filem ini. Interteks filem-filem seperti Romeo and Juliet, ET, Cloverfield dan beberapa buah filem lain dapat dilihat. Mood sedih dan gelap disebalik warna-warna suburban dihidupkan melalui lakonan jujur pelakon kanak-kanak terutamanya Elle Fanning dan Joel Courtney. Namun begitu filem ini bukan filem untuk kanak-kanak.

Walaupun agak terganggu dengan masalah lampu ketika menonton di GSC, Mid Valley, kehebatan filem ini mampu melupakan segala masalah tersebut.

20 comments:

  1. ramai yg cakap bestt..

    nti i tgk..

    ReplyDelete
  2. Senorita : Sangat2 best, wajib tonton terutamanya kepada mereka yang bakal / mahu menjadi ayah / ibu

    ;D

    ReplyDelete
  3. http://bukankosong.blogspot.com/ : Owh ye ke? Agak terganggu gak tadi, tapi nasib le filem ni sgt2 AWESOME

    ReplyDelete
  4. wah siap tuka backgroud pic lg.. btw ctr ni memang best an!!! hehe

    ReplyDelete
  5. saiazuan : Tu ar, memang ultimate AWESOMENESS

    ;D

    ReplyDelete
  6. harus tengok di Brem Mall ni. situ tak crowded.. :-)

    ReplyDelete
  7. best ke....teman tk brp tau filem2 baru nih...dah lama tk jejak kaki kat panggung....

    salam ziarah n follow awak....

    ReplyDelete
  8. trime kasih atas review nie...nak harap sy tgk mmg takde la maklumla duk kampong kan..mane ade wayang kt cini huhuhuhhh

    ReplyDelete
  9. LeeAneem : Thanks sb ziarah n follow... nanti jum tgk muvi skali ;D

    ReplyDelete
  10. sahromnasrudin : Sama2 kasih, takpe, download buleh...

    nanti few months kuar ar tu versi HD

    tak sabar nak tgk alek

    ;D

    ReplyDelete
  11. akak wanita baik2...t.reti g Gsc ke apa ke...kihkihhh

    tunggu dvd je lah

    ReplyDelete
  12. So Shy Lady : Skali-skala pe salahnye kak

    ;D

    ReplyDelete
  13. to me...

    combinations of Close 'Encounters of the Third Kind', 'The Goonies' and 'E.T'

    Best!

    ReplyDelete
  14. ramai kata best tapi ada juga kata tak
    entah
    aku xtgok lagi

    Review Filem Green Lantern Disini

    ReplyDelete
  15. gedek! : Yup, it's a bit dark version of Goonies...awesomeness

    ReplyDelete