Sunday, June 26, 2011

Novel Terhebat 2011 - Wajahku Wajah Siapa

Ni le cover novel karya Roziah Adama, berjudul "Wajahku Wajah Siapa"

Tolong promote novel kawan baik/mentor/pembuat kek coklat yang best saya iaitu Kak Rozie Adama aka CEO. Dia adalah antara penulis yang saya hormati dan saya amat-amat berbangga dengan kemunculan novel ini. Dia adalah antara watak yang saya inspirasikan dalam siri Urban Legend saya. (Sila baca kalau ada masa)

Kalau ada terjumpa novel ni kat mana-mana, jangan lupa beli ya. Kalau nak diskaun ke apa, boleh runding dengan CEO sendiri. Add dia melalui facebook.

Ini sedikit maklumat mengenai novel comel ini:

Konsep novel : Novel ala-ala pengembaraan, ada banyak ilustrasi dan info mengenai negeri Sabah cth kuih cinicn, peta negeri sabah, kundasang, papar dll.

Sasaran: Remaja


Sinopsis Novelog :

Kisah Adriana dan Syafik anak angkat kepada Puan Maria dan En.Atikullah. Sejak kecil mereka diberitahu bahawa mereka anak angkat tetapi apabila di usia 17 tahun Adriana mula mempersoalkan wajahnya yang cantik adakah seperti wajah ibu atau ayahnya yang sebenar. Hatinya mula merota-ronta mencari ibu bapa kandung. Syafik memberi tentangan kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang dan kesenangan yang dikecapi bersama keluarga angkat. Terjadi konflik antara mereka, namun persefahaman menyatukan semula. Mereka nekad membongkar kisah kehidupan mereka yang sebenar dari Mak Cik Asmah pembantu rumah. Sepucuk surat lama mengungkap segala rahsia, ibu sebenar mereka berada di Sabah dan bernama Lilian. Kebetulan yang tak diduga En. Atikullah menghadiahi tiket percutian ke Sabah. Pintu pencarian membuka teka teki dan kesangsian Adriana dan Syafik tetapi ada jawapan menanti. Berjayakah mereka mencari Lilian? Kenapa Lilian menyerahkan mereka kepada keluarga angkat?
Sesungguhnya kasih sayang, sefahaman, rasa bersyukkur, keberanian dan ketabahan amat penting dalam hidup.

21 comments:

  1. zati embong : Thanks, beli kalau ada duit saku lebih ya ;D

    ReplyDelete
  2. shasha_iffa : Thanks, acu cuba try beli kalau ada wang lebih ;D

    ReplyDelete
  3. kat MPH ada ke? leh baca freeeee

    huhu

    ReplyDelete
  4. Hans : PEnulis novel ni yang hebat, aku biase2 je hahaha

    jgn lupe tgk n beli kalau ada duit extra

    ;D

    ReplyDelete
  5. bagus sinopsis nie..kite kne tolong member kita utk promote produknya nie

    ReplyDelete
  6. hehehehee kena balik mesia dulu tuk borong novel cenggini...aduhh lama lagi bulan 8

    ReplyDelete
  7. sahromnasrudin : Tu ar, saling tolong n promote... ini masa dia, masa saya nanti dia lak yg tolong promote

    ;D

    ReplyDelete
  8. Lelord : Takpa, better late than never

    thanks sb sudi singgah my blog ya

    ;D

    ReplyDelete
  9. wah tolong promote yer...bagus2...

    ReplyDelete
  10. akak dulu2 suka tulis novel gak tp smua crita trgantung...t.habis haha

    ReplyDelete
  11. So Shy Lady : Cubalah abiskan, nanti sy leh tolong promotekan...

    neway, sile beli novel ni ya kalau ada xtra dwet

    ;D

    ReplyDelete
  12. wowww.coolnya laki bca novel !

    :D

    ReplyDelete
  13. Fyqa : Saya laki yang cooolll... hahaha

    neway jgn lupe beli novel ni ya kalau berminat

    thanks, babe

    ;D

    ReplyDelete
  14. mcm best aja sinopsis... nak carilah... thnks... saya baca citer MAIDS skang... bes gak..

    ReplyDelete
  15. Bidadari Syurga : Thanks taw sebab sudi singgah n jgn lupe beli ya kalau berminat

    ;D

    ReplyDelete