Tuesday, January 4, 2011

Novel

Projek tahun akhir saya, Muzikal Manusia Burung, turut dalam proses adaptasi hybrid novel+pentas.

Untuk bulan 1-2, saya mahu habiskan masa dengan menghabiskan novel.

Setakat ini, ada dua novel kolaborasi dalam proses iaitu genre misteri dengan Siti Nazariah dan genre fantasi dengan Nada Haifaa.

Teringin juga untuk buat novel secara solo. Tetapi masih tiada idea dan kurang arif dalam sasaran khalayak. Saya hanya mahir dalam genre fantasi dan kanak-kanak saja. Ingin cuba genre lain.

Jika para pelawat diberikan pilihan (atau cadangan), apakah yang anda semua suruh saya hasilkan? Cerita cinta bersegi-segi? Cerita Sci-Fi? Seram? Cinta Orang Tua?

Sebagai bakal pembeli novel solo saya (cewah), ada sebarang cadangan untuk memujuk saudara/saudari bakal membeli novel saya? (Dari segi cerita, watak dan latar. Diskaun saya tak dapat tolong. lol)

p/s : Sesetengah cakap blog saya menggunakan ayat skema. Mungkin betul. Tetapi sebagai penulis, saya cuba elak guna bahasa pasar, walaupun teringin gunakan. hahahaha

26 comments:

  1. aku sangat pening la agie, bley tak hantuk kpala aku...huhu

    ReplyDelete
  2. CintaZulaikha : Rilek ar beb, ni baru novel pertama...

    kang dh femes byk agi kena wat...

    ko kena jadi surirumah yg leh wat novel misteri yg grand...

    BERUSAHALAH!!!!

    ReplyDelete
  3. EmanCloud : Cerita muzikal + fantasi ;)

    ReplyDelete
  4. aku nk bg idea, tp agak privasi, PM ye ;-D

    ReplyDelete
  5. NAZRUL AZAT : OWh, ko leh bagi idea melalui emel aku ilhamology@yahoo.com

    thanks ya ;)

    ReplyDelete
  6. pandai dia menulis.....

    (^^,)

    ReplyDelete
  7. salam..
    novel islamic...
    tp bg menarik la...
    awk msti kreatif kn...=)

    ReplyDelete
  8. Honestly, saya yakin awak boleh menulis semua jenis2 genre cerita yang awak sebutkan tue.
    Tapi, Vee paling yakin awak akan menulis sci-fic dengan baik.
    Ini pada pandangan Vee. :)

    Dan bagi Vee sci-fic meluas, idea awak akan berterusan nanti. :)

    Tambah2 lagi awak seorang penulis yang cenderung kepada sesuatu yang kreatif seperti 'design' kan? :)

    Ini pandangan Vee aje tau. :)

    ReplyDelete
  9. novel tentang kehidupan, penipuan dalam dunia kehidupan. ada bimbang, sayang, dendam, sakit hati, marah,keinsafan.

    make it fun bro.

    ReplyDelete
  10. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : Pandai sikit2 saje. hohoohoho

    ReplyDelete
  11. oRkEd PuTiH : Idea yang menarik, boleh dipertimbangkan ;)

    thanks ya

    ReplyDelete
  12. ♥ Juliana Violet ♥ : Thanks atas keyakinan itu...

    Sci Fi mungkin akan dicuba nanti, sebab saya pun agak berminat dalam bidang itu...

    cuma agak bimbang disebabkan Sci Fi lebih kepada khayalak lelaki, sedangkan khayalak yg saya mahu tujukan adalah wanita...hahaha

    mungkin sebab wanita lebih byk memberikan inspirasi kepada saya, cewah... ;)

    ReplyDelete
  13. shasha_iffa : Menarik tema tu, akan cuba diselitkan. thanks ya ;)

    ReplyDelete
  14. Sci-fi meluas. :)
    Vee teringat cerita "sorcerer apprentice" bila terbayangkan sci-fi.
    mungkin anggapan vee tentang sci-fi salah kot.

    "sorcerer apprentice" punya watak wanita cantik dan disebabkan watak tue, wujudnya cerita yang best tue. :)

    good luck! entry awak tentang puteri tu menarik sgt. Buat Vee rasa tak sabar nak baca. :)

    ReplyDelete
  15. ape2pun tema n genrenya.. i'm going to read it.. so keep on writing

    ReplyDelete
  16. ♥ Juliana Violet ♥ : Thanks ya, saya pun tak sabar nak bgi awak baca...

    nanti 1st draf saya bagi awak baca ya...

    utk pengetahuan Vee, Sorcerer's Apprentice adalah genre fantasi ;)

    u have good eyes for great stories, suka tgk cite tu gak ;)

    ReplyDelete
  17. mynshazmin : Thanks ya, harap nanti sudah siap awk sudi mengkritik ;)

    ReplyDelete
  18. Novel... dulu sangat suka & addicted ngan novel...

    tapi bila dah kawen ni kureng skte... tak banyak masa nak membaca novel...

    tapi pernah jugak bercita2 nak jadi novelis... pernha jugak try tulis novel... ada la dal 3,4 cerita yang ditulis. tapi semuanya separuh jalan... tak dak mood nk sambung... rasa sayang pulak bila baca2 balik... hehe

    ReplyDelete
  19. ~~*Lady Salwa*~~ : Menulis novel memerlukan komited yang tinggi. tu nak cuba setelah sekian lama dalam sastera kanak2... ;)

    ReplyDelete
  20. hurmmm...mana nak dapat novel ni...saya mau beli satu...ke leh dapat free...hehee...

    ReplyDelete
  21. ciK mOt ©™ : Tunggu terbit dulu ya kak...hohoohoho

    ReplyDelete
  22. salam, hari tu dah datang sini tapi tak dapat tinggal komen sbb net slow sangat

    saya suka novel penyiasatan... macam tak banyak je dalam bahasa melayu, tolooong lah tulis :)

    ReplyDelete
  23. kucingorengemok : Dalam perancangan...;)

    thanks sebab singgah ya ;)

    ReplyDelete
  24. Saya kira blog yang berbahasa Melayu dengan sempurna itu menarik dan sedap mata membaca.
    Penulisan di sini baik. Diminta teruskan ya.

    ReplyDelete
  25. Sephi Sephia : Itulah, saya cuba untuk elak guna bahasa pasar ;)

    ReplyDelete