Wednesday, January 5, 2011

Die.T

Sedang berusaha untuk kembali pakai skinny jeans saiz 32.

Gemuk. Perkataan yang paling banyak kali didengari oleh Azril sejak dia masuk semula ke kolej untuk Ijazah. Kawan-kawan sediplomanya terkejut melihat perubahan fizikalnya yang mendadak. Jika dulu, dia sangat kurus seperti ranting, sekarang dia gemuk seperti badak. Besar, kembang, montel dan sewaktu dengannya diberikan gelaran oleh kawan atau musuh diplomanya yang turut menyambung ijazah.

Oleh kerana tak tahan dengan ejekan kawan, musuh, pensyarah dan sebagainya, Azril mahu jadi kurus. Nasi, minuman berais, makanan berlemak, semua ditolak. Malahan dia juga langsung tidak makan. Hanya minum air kosong.

Aktiviti seharian ditambah dengan senaman. Dari sehari selama sepuluh minit, bertukar menjadi berjam-jam.

Tiga minggu telah berlalu. Kini, dia kurus. Malah, lebih 'rangka' dari badan ketika diploma.

Dia pergi ke kolej dengan bangga. Mesti semua akan kagum dan terkejut.

Namun, dia hairan kenapa tidak ada seorang pun yang pedulikan dirinya. Mengapa di kelas, kawan-kawan tidak melayan gurauannya.

Waktu kelas tamat. Hanya tinggal dia dan Nadia saja. Dia pelik mengapa gadis itu menangis, apabila melihat keratan suratkhabar.

Dia mendekati Nadia untuk bertanya. Puas dia memujuk, namun Nadia tetap menangis.

Dia terlihat keratan suratkhabar yang dipegang oleh Nadia.

PELAJAR MATI KERANA SENAMAN DAN DIET TIDAK SEIMBANG.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

28 comments:

  1. Azril tak tau yg dia dah meninggal dunia.
    Sigh... Itu diet tak sihat

    ReplyDelete
  2. ♥ Juliana Violet ♥ : Itulah, orang terlalu obses untuk kurus, termasuklah saya sebenarnya..hahahhaa

    ReplyDelete
  3. saye pon nk kurus, tp sy gemok, sy ok ;-D

    ReplyDelete
  4. NAZRUL AZAT : That's the spirit, yang penting hepi ;)

    ReplyDelete
  5. model tadi mmg terbaek.. aku kurus bro 58. mempunyai masalah mencari pakaian haha ade je x kene.

    ReplyDelete
  6. EmanCloud : Meh ambik lemak aku sket. hahahaha

    ReplyDelete
  7. saya pun mau kurus...tolong kasi saya kurus seperti anak dara dahulu...hehehe

    ReplyDelete
  8. ciK mOt ©™ : Kadang2 orang yg dh kawen lagi hot dari anak dara tau, kak...hohoohoho

    ReplyDelete
  9. ni cite seram ek? coz aku rasa meremang baca cite ni?

    i link ur blog to mine... ko pun slalu singgah blog aku kan? jom la..

    ReplyDelete
  10. sHaH : Lebih kurang ar, ni genre psychology horror, ;)

    wokeh, nanti kita link2 ye

    ReplyDelete
  11. salam..
    ape yg penting SIHAT
    gemok o kurus belakang cter pd saya=)
    pendapt owg len2..

    ReplyDelete
  12. oRkEd PuTiH : Setuju, yg penting hati mau gumbira. hohoohoo

    ReplyDelete
  13. mynshazmin : Dia mangsa dirinya sendiri, itulah, agak susah untuk gembira ya...;)

    ReplyDelete
  14. CintaZulaikha : Ko kalau bab antu, pakar jee kannn hahahhaa

    ReplyDelete
  15. Anonymous : Hah????

    ni orang sama komen hari tu ke?

    sapa ni?

    ReplyDelete
  16. Lor dh mati upenya.. Hehe.. Bagus klu nk control diet.. Tp biarlah seimbang.. Pengambilan supplement + air yg cukup dlm badan juga membantu..(pergh..!! cam pakar nutrisi plak.. Hehe..)

    ReplyDelete
  17. ahaks...itula klau ye pun nk kurus jgn la tlalu xtreme.

    btul kata bunga ros

    ReplyDelete
  18. saya gebu....

    skang dok pakai gold slimming detox foot patch...nak kurangkan berat badan

    ReplyDelete
  19. So Shy Lady : Itulah, obsesi manusia. cewah...thanks sb sudi singgah ya ;)

    ReplyDelete
  20. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : Harus i try gak ni ;)

    ReplyDelete
  21. hahaha...ramainya berazam utk kurus 2011 nih...jom2..kita kurus bersama...

    ReplyDelete