Monday, December 20, 2010

Hari Isnin Yang Sangat SERAM

Hari yang menakutkan sudah tiba. Pada hari isnin, 20/12/2010, pembentangan projek tahun akhir atau penilaian tahun akhir (PeTA) fakulti penulisan diadakan. Semua peserta pada hari sebelumnya iaitu ahad sangat gementar sehingga tidak dapat tidur dan bermimpi-mimpikan hari ini. Walaupun agak gementar, ia harus ditempuhi.

Pelajar-pelajar yang dinilai:

Sebelah pagi:

Novel

1. Roziah Adama - Tibabar
2. Nada Haifaa - Sayap Ilusi

Skrip Pentas

1. Asrul Sany (saya le tu) - Muzikal Manusia Burung
2. Fairuz (Kiah) - Realisme - Dalam Kurungan

Sebelah petang:

Skrip Pentas

3. Ruby - Muzikal Bapa Mentuaku
4. Fatiha (Wardah) - Non Realisme
5. Fairuz (Bolok) - Non Realisme - Kumpulan Drama "Undilah Aku"

Pada sesi awal, penilai-penilai agak ghairah untuk bertanya dan sesi saya dan beberapa sahabat yang lain adalah selama sejam. Tetapi pada sebelah petangnya, sesi itu dipendekkan selama setengah jam sahaja.

Walaupun agak nerbes, saya tetap bangga kerana penyelia saya iaitu Faisal Tehrani sudi meluangkan masa melihat pembentangan saya. Tahniah ya, kawan-kawan. Semoga kita tetap sama walaupun anda sudah jadi popular, kaya, kahwin dan sewaktu dengannya. Amin.

Gambar-gambar di bawah adalah reaksi kami ketika membentang. Terbaikkkk...


Fairuz (Kiah) dengan aksi komedinya


Asrul Sany iaitu saya yang cuba jadi serius dan tidak terlalu kanak-kanak


Fairuz (Bolok) cuba jadi seperti ahli politik atau angry young man.


Kak Rozie aka CEO sedang bercerita mengenai "Gebu", "Kambing". Tibabar, kak Rozie.


Nada Jaejoong yang sangat-sangat serius


Puan Ruby yang tenang, seri orang bakal kahwin mungkin. lol


Fatiha (Wardah) yang memperjuangkan bahasa Melayu baku. berusahalah!

Masih sedih kerana hari ini adalah hari terakhir kami bergelar seorang pelajar ASWARA dan bakal membawa haluan masing-masing dengan kerjaya, kahwin, anak, bini, suami dan sewaktu dengannya. sob sob sob.

18 comments:

  1. huh!..

    selesai sudah sesi pembentangannya yeh!..
    kus semangat!! hehe..

    ReplyDelete
  2. sedih kan bila dah x bergelar pelajar..

    ReplyDelete
  3. hamboi2 dek..

    kacak berbaju melayu merah....ekekekekek

    ✿(^^,)✿

    ReplyDelete
  4. ah, org sastera rupanya anda yer...syabbas mere beta!

    ReplyDelete
  5. jangan sedey2.. insya-Allah jumpe balik nanti k?

    ReplyDelete
  6. mynshazmin : Itu le, dh start jadi pekerja lak...

    ReplyDelete
  7. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : Harusss. konsepnya pahlawan Melayu yg tetibe bertukar jadi cam ahli politikus. lol

    ReplyDelete
  8. boyarque : Thanks, ahli sastera yang suke menan.

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Tahniah semua. Moga berjaya dunia akhirat. Asrul patut bubuh gambar di pole di sini :)

    ReplyDelete
  10. Dr Faisal Tehrani : Hahahaa...wah...encik faisal masuk blog gila-gila saya...

    gambar pole tu harus disembunyikan...hari ini nak dtg pameran dan hapuskan bukti...hohooho

    ReplyDelete
  11. Salam
    Aku tumpang bangga Dr. FT masuk blog ni.

    Terima kasih Dr atas pengajaran, teguran dan segala kebaikan. Allah pasti membalas budi baik Dr. sebagai guru yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  12. thanks juga Wardah selama tiga tahun ni...

    ReplyDelete
  13. Tahniah.
    Kenangan semasa belajar itu sangat manis. Berguru dengan orang punya seni memang satu keuntungan besar!

    =)

    ReplyDelete
  14. Owh, orang seni rupanya... gud luck ye...

    ReplyDelete
  15. Sephi Sephia : Terima kasih daun keladi ya...

    ReplyDelete