Wednesday, December 29, 2010

CEO

Cantikkan meja saya

Satu kolej tentunya ada bermacam-macam pelajar dengan pelbagai perangai. Sama juga dengan satu kelas. Walaupun kecil, tetapi ada tujuh perwatakan berbeza. Ada masa baik dan boleh order pizza bersama. Ada masa seperti mahu lempar sandal dan marah-marah. Enam orang berperangai amat beza antara satu sama lain. Namun, orang yang ketujuh sajalah yang dapat menyatukan mereka semua. Malahan mereka sangat hormat dengan orang ketujuh atau namanya Kak Raudah.

Di kelas, dia adalah ketua kerana keterampilannya dan kerajinannya. Dalam kumpulan, dia mengetuainya dengan cemerlang. Setiap kerja yang dilakukan olehnya sangat gemilang. Semua orang mahu mengambilnya ketika ada kerja berkumpulan. Mana saja Kak Raudah pergi, pasti orang akan menghormatinya.

Orang yang menjengkelkan, orang seperti internet, orang-orang lagenda, semua pelajar (termasuklah yang membencikan dan menyeronokkan) dan semuanya, hormat kepada Kak Raudah. Malahan robot dan orang gila pun dengar cakap Kak Raudah.

Apa rahsia disebalik rasa hormat, kagum, dan kehebatan Kak Raudah dikalangan semua orang? Mengapa semua orang akan mendengar kata-katanya? Mungkin imejnya sebagai seorang ibu penyayang disukai ramai. Mungkin selayaknya dihormati. Dimanakah Kak Raudah belajar semua ini?

Seperti biasa, ada sebuah kereta besar berwarna hitam akan mengambil Kak Raudah ketika dia mahu beredar dari kolej. Kereta itu membawanya ke satu destinasi iaitu sebuah bangunan pencakar langit. Apabila sampai, seorang lelaki berkot membuka pintu kereta untuk Kak Raudah.

Kak Raudah diiringi oleh beberapa lelaki dan wanita berkot ke sebuah pejabat. Dalam pejabat terdapat beberapa lelaki berwajah garang bersama senjata seperti parang, pedang, pisau, pistol dan beberapa mesingan canggih.

Kak Raudah duduk di sebuah meja utama dengan tenang dan berkata, "Apa rancangan kumpulan kita untuk bulan ini?"

Salah seorang lelaki berkot menutup pintu pejabat, dimana terdapat tanda nama CEO, Madam R di luar.

Ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan hidup dan mati. Kalau ada pun, nasib ar. hahahaha. Jangan ambik material ini sesuka hati tanpa bagitau saya je. Saman kang, saya dah belajar undang2. lol

20 comments:

  1. LOL, kelakar tahap gaban. Robot dan orang gila pun dengar kata CEO. Hahahaahahhah

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi la lempar sandal hehehhe

    ReplyDelete
  3. wardah munirah : Hahahhaa, merindui CEO...

    ReplyDelete
  4. ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ : U budak baik..hohohooho

    ReplyDelete
  5. wow... madam raudhah CEO... haha... best...

    ReplyDelete
  6. Encik MamaT : Ibu adalah seperti CEO sebab kena uruskan segala-galanya. hohohooho

    ReplyDelete
  7. Oh, CEO = ibu rupanya. Ingatkan apalah tadi.
    Mula cerita dah mula tertarik sekali penamatnya, bikin pusing kepala.

    Anak emak eh?
    =)

    ReplyDelete
  8. Sephi Sephia : Sebaliknya, saya anak ayah. hohoho

    cerita ini diinspirasikan dari seorang kawan saya yang saya anggap seperti ibu....

    ;-)p

    ReplyDelete
  9. mynshazmin : Thanks sebab sudi baca ;-)p

    ReplyDelete
  10. aku tak tau nak kata apa sebab hang buat gaya penulisan yg genrenye konfius nak diberitahu..

    ReplyDelete
  11. CintaZulaikha : Hahahaha... ko sebenarnya dh menjawab soalan aku melalui sesi chat fb... ;-)p

    ReplyDelete
  12. salam..

    singgah follow ur blog...

    **52

    ReplyDelete
  13. sekamar rindu : Thanks sb singgah ya ;-)p

    ReplyDelete